13 PATI warga Myanmar ditahan cuba masuk ke Malaysia

Iklan
Sekumpulan 13 PATI warga Myanmar yang ditahan ketika cuba masuk secara haram ke Malaysia.

BUKIT KAYU HITAM - Hasrat 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk memasuki Malaysia menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand, di sini, tidak kesampaian apabila ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin.

Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), kesemua PATI warga Myanmar itu ditahan di kawasan ladang getah kira-kira jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya, kehadiran kesemua PATI dikesan di kawasan di bawah Sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

"Anggota yang sedang melakukan rondaan menemukan sekumpulan 13 individu cuba masuk ke negara ini melalui laluan haram di kawasan ladang getah.

Iklan

Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita berusia 20 hingga 44 tahun.

Turut dirampas, 12 buah telefon bimbit, wang dalam mata wang Malaysia, Thailand dan Myanmar, dua pasport dan sembilan kad pengenalan diri dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM8,139.

Iklan

Kesemua PATI yang ditahan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.