JSJN serbu pusat hiburan, tahan enam pengedar dadah

Iklan
Seramai 38 individu diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Seramai 33 individu termasuk enam pengedar dadah diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang, pada Isnin.

JSJN Bukit Aman menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Isnin berkata, seramai 38 orang termasuk enam gadis pelayan pelanggan (GRO) telah diperiksa dalam serbuan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, polis merampas 1,620 mililiter jus minuman yang mengandungi bahan disyaki cecair Methamphetamine, 133 peket plastik yang berisi bahan disyaki dadah methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 2,069 gram.

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang pada Isnin.
Iklan

"Satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methampehtamine seberat 31 gram turut dirampas dalam serbuan itu, anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM43,750," katanya.

Iklan

JSJN menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.