Dua bakal didakwa buang sampah di tempat awam
Iklan
Operasi dilakukan di sekitar Bandar Raya Johor Bahru pada Ahad mengesan perbuatan membuang sampah di tempat awam
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang dikesan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) membuang sampah di Legaran Segget di sini pada Ahad sehingga video perbuatan berkenaan tular.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, dua individu itu akan didakwa mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).
"Bagi perbuatan itu, mereka boleh didenda antara RM10,000 hingga RM100,000 atau dipenjarakan minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi hantaran dalam Facebook miliknya pada malam Ahad.
Operasi di sekitar Legaran Segget, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Trus di bandar raya ini dijalankan dua pegawai dan empat Pembantu Penguatkuasa SWCorp.
Mohd Jafni berkata, kertas siasatan akan dibuka untuk mendapatkan izin mendakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sudah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata memandangkan ada peruntukan undang-undang untuk diambil tindakan.
"Sememangnya ada peruntukan undang-undang berkaitan perkara ini, cuma sebelum ini kita banyak guna budi bicara dan bertolak ansur, namun sekarang, tidak lagi. Jangan marah jika disaman," katanya.
Beliau turut berharap semua pihak dapat menjaga kebersihan negeri ini dan tidak sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata.
"Jagalah imej, nama baik dan kebersihan Johor. Jangan buang sampah merata-rata, anda sedang perhatikan," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>