Mangsa banjir di Johor terus menurun
Iklan
Anggota bomba melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di Parit Jayus dan Parit Basri Darat di Yong Peng, Batu Pahat
JOHOR BAHRU - Perkembangan banjir di negeri ini terus menunjukkan tanda positif apabila hanya 670 mangsa masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Ahad.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa berkenaan melibatkan 188 buah keluarga dari dua daerah.
Iklan
Iklan
"Jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan berbanding seramai 821 mangsa yang direkodkan pada jam 8 pagi semalam.
"Hanya dua daerah masih terjejas akibat banjir iaitu Batu Pahat dan Segamat dengan enam PPS masih beroperasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata, di Batu Pahat, terdapat seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga yang ditempatkan di lima PPS manakala di Segamat terdapat 26 mangsa daripada sembilan keluarga di satu PPS.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan satu jalan yang masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai disebabkan tanah runtuh.
Iklan
Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan bacaan paras Sungai Bekok di Batu Pahat merekodkan 18.90 meter (m) iaitu melepasi paras air bahaya 18.70m.
"Sementara itu, tiada amaran ribut petir atau amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk seluruh negeri Johor, hari ini," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>