Mangsa banjir Johor terus berkurangan
Iklan
Anggota bomba membantu mangsa banjir di Parit Jayus dan Parit Basri Darat di Yong Peng, Batu Pahat semasa melakukan pemantauan. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor
JOHOR BAHRU - Banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan apabila seramai 821 mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Sabtu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 234 buah keluarga dari dua daerah.
Iklan
Iklan
"Jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan berbanding seramai 925 mangsa yang direkodkan pada jam 8 pagi semalam.
"Di Batu Pahat, terdapat seramai 795 mangsa daripada 225 keluarga yang ditempatkan di lima PPS yang masih beroperasi manakala di Segamat seramai 26 mangsa daripada sembilan keluarga di satu PPS," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Iklan
Selain itu katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan laluan dinaiki air masih belum surut.
Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai pula katanya, masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh.
Iklan
"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bekok di Batu Pahat juga masih merekodkan bacaan 18.85 meter (m) melepasi paras bahaya 18.70m," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>