15 motosikal hangus

Iklan
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya, di sini pagi Khamis.

SEBERANG JAYA - Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya, di sini pagi Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Perai bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba ketika melakukan kerja pemadaman kebakaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba pasukan bomba mendapati sembilan buah motosikal musnah hampir keseluruhan manakala enam buah lagi terbakar 50 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 5 40 pagi dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, jurucakap berkenaan berkata, setakat ini siasatan lanjut masih dilakukan oleh pasukan forensik kebakaran bagi mengetahui punca kejadian.

Iklan