Banjir di Johor makin pulih, 976 mangsa masih di PPS
Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan apabila seramai 976 mangsa daripada 272 keluarga dilaporkan masih berada di 10 PPS setakat jam lapan malam, Rabu.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tiga daerah melibatkan Batu Pahat, Kota Tinggi dan Segamat masih terjejas akibat banjir.
Iklan
Iklan
"Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan setakat jam lapan malam, Rabu.
"Setakat jam lapan malam Rabu seramai 872 mangsa daripada 276 keluarga berada di enam PPS di Batu Pahat, 41 mangsa daripada enam keluarga di satu PPS Kota Tinggi dan 63 mangsa daripada 20 keluarga melibatkan tiga PPS Mersing.
Iklan
"Bagaimanapun, tiada PPS yang ditutup di sebalik penurunan jumlah mangsa banjir ketika ini," menurut laporan berkenaan.
Dalam pada itu, berdasarkan sumber daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ribut petir dijangka melanda Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Iklan
Bagaimanapun, tiada amaran hujan lebat berterusan diramalkan berlaku di ketiga-tiga daerah berkenaan.
Sementara itu, pemantauan terus dilakukan susulan penutupan dua jalan melibatkan Jalan Tanah Abang/Selekoh Pertama Tanah Abang di Mersing dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai, ditutup kepada semua kenderaan berikutan banjir dan tanah runtuh.
"Jalan Tanah Abang/Selekoh Pertama Tanah Abang di Mersing (laluan J228, seksyen 1.0) ditutup kerana dinaiki air setinggi 0.85 meter, manakala Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai juga ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi 12 meter susulan cerun runtuh di laluan J08 Seksyen 3.5,” menurut laporan berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>