KPM, KKM pantau penularan Covid-19 babitkan calon SPM
Iklan
Fadhlina
GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya berlaku penularan wabak COVID-19 membabitkan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula 20 Februari nanti.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, jika berlaku penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan calon SPM dan sekolah, KKM mempunyai mekanisme dalam menguruskannya.
"Saya beri jaminan, calon-calon SPM jangan risau dan kita telah membuat segala persiapan dan persediaan itu (berhubung Covid-19), prosedur operasi standard (SOP) akan ditentukan oleh KKM.
"Kita juga sentiasa minta nasihat KKM dari semasa ke semasa dan kita berdoa banyak-banyak semoga dijauhkan ujian dan bala (Covid-19) supaya boleh tumpu semua anak-anak kita yang membuat persiapan SPM,” katanya semasa soal jawab pada sesi Town Hall SPM 2022 yang diadakan secara maya pada Isnin.
Sesi Town Hall itu disertai guru dan calon-calon SPM dari seluruh Pulau Pinang.
Sementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, beliau telah mengadakan mesyuarat berkenaan belanjawan untuk kementerian dan tumpuan akan diberikan dalam memperkasakan kaedah menguruskan potensi pelajar di sekolah sama ada dalam bidang sukan, seni atau kebudayaan.
"Komitmen kita ialah nak berikan tumpuan dan program hala tuju karier anak-anak yang berpotensi itu selepas SPM ini.
"Di situlah nanti, kami akan berikan taklimat dengan hala tuju status anak-anak yang menjadi atlet pada negara khsusnya,” katanya ketika menjawab soalan seorang pelajar sama ada individu aktif bersukan terutamanya yang menjadi atlet negeri akan mendapat mata kredit atau biasiswa ketika menyambung pelajaran selepas SPM.
Kepada soalan mengenai senario ramai pelajar tidak mahu menyambung pelajaran selepas SPM kerana beranggapan rezeki ada di mana-mana, Fadhlina berkata rakan sebaya perlu memainkan peranan memberi kesedaran dan nasihat tentang kepentingan pendidikan.
"Katakan hari ini dia tidak berminat nak sambung belajar dan mahu bekerja dahulu..kerana keluarga susah, tapi dia perlu ada niat untuk sambung belajar,” katanya menambah setiap pelajar perlu memiliki ilmu dan berpendidikan tinggi supaya boleh menjadi manusia yang bermanfaat. - Bernama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>