10 kanak-kanak lemas, aktiviti rekreasi bertukar tragedi

Iklan
Seramai sepuluh kanak-kanak lemas apabila sebuah bot yang dinaiki karam di sebuah empangan di daerah Kohat wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan. Foto AP.

ISLAMABAD - Seramai sepuluh kanak-kanak lemas apabila sebuah bot yang dinaiki karam di sebuah empangan di daerah Kohat wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, lapor Xinhua.

Bot yang dinaiki 25 kanak-kanak itu dilaporkan terbalik di Empangan Tanda awal pagi Ahad.

Iklan
Iklan

Seramai 16 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital, kata Timbalan Pesuruhjaya daerah Kohat Furqan Ashraf.

Ashraf berkata, sembilan mayat lagi ditemukan di empangan, manakala seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Iklan

Menurut sumber dari organisasi penyelamat Yayasan Edhi, kanak-kanak berkenaan merupakan pelajar seminari dan melakukan aktiviti rekreasi di empangan berkenaan. - Bernama

Iklan