Kematian bayi 3 bulan: Polis rekod keterangan 7 individu

Iklan
Tujuh individu direkod keterangan bagi siasatan kes kematian bayi berusia tiga bulan yang dilapor tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi, di sini. Gambar kecil: Mohd Zaid

KAJANG - Tujuh individu direkod keterangan bagi siasatan kes kematian bayi berusia tiga bulan yang dilapor tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, tujuh individu itu termasuklah pemilik, pengasuh serta ibu bayi terbabit.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bayi lelaki itu meninggal dunia pada Jumaat di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi selepas dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri.

Iklan

Siasatan awal mendapati bayi itu telah dihantar oleh ibunya pada jam 7.15 pagi dalam keadaan sihat ke pusat asuhan terbabit sebelum disedari tidak sedarkan diri oleh pengasuh kira-kira jam 10.30 pagi.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan dan siasatan di tempat kejadian tiada sebarang unsur kekerasan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034.