Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial

Iklan
Fadhlina

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahukan supaya budaya memberikan amaran terhadap guru yang mengkritik di media sosial, dihentikan segera.

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan bahawa guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Hasmadi Hamdan telah diberikan amaran oleh pegawai, kerana mengkritik di media sosial.

Iklan
Iklan

"Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang mengikut saluran, adab berbeza pandangan yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid, para guru dan tonggak profesionalisme yang memandu penjawat awam,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat.

Fadhlina berkata, pendekatan administratif yang baik hanya boleh dicapai, apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan.

Iklan

Menerusi hantaran itu, Fadhlina turut berkongsi mesej terbuka Hasmadi kepada Menteri Pendidikan yang dimuat naik di media sosial guru berkenaan. - Bernama

Iklan