Taman Eko Rimba, trek pendakian hutan simpan ditutup sementara
Iklan
Trek pendakian di Gunung Berlumut, Kluang, Johor antara lokasi yang ditutup sementara mulai semalam. - Foto Facebook Tourism Johor
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Semua Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan trek sukan lasak dalam hutan simpanan kekal ditutup untuk pengunjung awam, mulai semalam hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman berkata, notis penutupan itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan musim hujan berpanjangan.
Iklan
Iklan
Beliau turut menasihati orang awam agar tidak masuk ke kawasan-kawasan tersebut secara haram memandangkan hujan berterusan yang melanda Johor, sekali gus menjadikan kawasan itu berisiko.
"Tujuh daerah di Johor juga sudah banjir, jadi kita tidak mahu menggalakkan sebarang aktiviti pendakian, aktiviti lasak dan sebagainya terutama kawasan yang ada punca air dan berisiko kejadian kepala air.
Iklan
"Ini mendatangkan kerisauan jadi sebab itu kita keluarkan notis penutupan sementara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Salim berkata, antara yang ditutup ialah trek pendakian di Gunung Berlumut, Kluang; Gunung Bekok, Labis dan Gunung Panti, Kota Tinggi.
Iklan
Selain itu, antara kawasan eko rimba yang ditutup ialah Sungai Batang di Bekok, Labis; Gunung Pulai di Kulai dan Taka Melor, Segamat.
Beliau berkata, pemantauan berkala juga akan dibuat di kawasan terlibat oleh kakitangan jabatan itu bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap notis itu oleh mana-mana individu.
"Sebarang pelanggaran kepada notis berkenaan boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 negeri Johor,” katanya.
Terdahulu, notis penutupan itu dimuat naik di Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Sementara itu, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dalam satu notis berasingan memaklumkan lima taman negara di negeri itu ditutup kepada orang awam mulai hari ini hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut notis tersebut, penutupan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian kepala air dan banjir berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan tidak dingini kepada pengunjung.
Menurut PTNJ, lima taman negara itu adalah Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta), Mersing; Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai), Segamat; Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall), Tangkak; Taman Negara Johor Pulai Kukup, Pontian dan Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda), Tangkak.
Bagaimanapun, Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, masih beroperasi seperti biasa, menurut perbadanan itu.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang PTNJ di www.johornationalparks.gov.my atau menghubungi talian 013-7440961. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.