422 mangsa banjir dipindahkan di Johor
Iklan
Anggota APM meninjau kawasan banjir di Kampung Palembang, Kluang, pada Selasa. - Foto APM
JOHOR BAHRU - Johor mula dilanda banjir dengan seramai 422 mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat jam 2 petang Selasa.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan, lapan PPS di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat itu dibuka secara berperingkat mulai 11 pagi Selasa susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 105 keluarga ditempatkan di lima PPS di Segamat, sembilan keluarga di dua PPS di Kluang dan enam keluarga di sebuah PPS di Kota Tinggi," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan sangat lebat pada tahap bahaya dijangka berterusan membabitkan daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.
Iklan
Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan pada tahap buruk pula dijangka melibatkan daerah Pontian, Segamat dan Batu Pahat, manakala Tangkak dan Muar pula pada tahap waspada.
Selain itu, empat sungai di Johor melepasi paras berbahaya iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.03 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.18m, Sungai Segamat (Sungai Segamat Kecil) di paras 38.11m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14m. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>