10 rumah terjejas akibat banjir kilat di Kluang
Iklan
Tangkap layar rakaman video banjir kilat di Yap Tau Sah oleh orang awam. - Sumber Facebook Noor Noor
KLUANG - Dianggarkan 10 rumah di Lorong Sungai, Kampung Tengah Dalam dan Jalan Sawi Yap Tau Sah di sini, dinaiki air susulan banjir kilat di kawasan berkenaan pada Selasa.
Menurut laporan daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di kawasan berkenaan ketika ini.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun difahamkan, PPS berkemungkinan dibuka di Yap Tau Sah berikutan paras air yang masih belum surut ketika ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor iaitu
Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga 25 Januari.
Iklan
Selain itu, beberapa sungai di Johor turut mencatatkan peningkatan paras air dan berada pada paras bahaya seperti Sungai Muar di Muara Sungai Gemas yang meningkat kepada 19.01 meter berbanding 18.60 meter, Sungai Lenik di Ladang Chaah (6.07 meter berbanding 6.00 meter), Sungai Segamat di Segamat Kecil (37.99 meter berbanding 37.30 meter) dan Sungai Kahang di Kampung Contoh (13.95 meter berbanding 13.60 meter).
Sungai Muar di Kampung Awat, pula berada pada paras amaran apabila mencatatkan 19.71 meter berbanding 19.95 meter bagi aras bahaya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>