Dadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan
Iklan
Sebahagian daripada mereka yang menjayakan seminar ‘Haruan Makan Anak’ di Perpustakaan Awam Kelantan, Kota Bharu pada Isnin.
KOTA BHARU - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Kelantan mendedahkan dadah dan pornografi menjadi punca utama kepada perlakuan sumbang mahram di negeri ini.
Ketua Wanitanya, Profesor Madya Dr Dasmawati Mohamad berkata, perkara tersebut disifatkan sebagai meruncing berpandukan kepada laporan akhbar yang menunjukkan 197 orang ditahan polis sepanjang tahun lalu selepas terbabit kes rogol, sumbang mahram dan penyalahgunaan dadah.
Iklan
Iklan
"Itu laporan yang dikeluarkan pada 20 Mac 2022 lalu. Melihat kepada laporan itu, kita perlu gusar dan gerun dengan situasi ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurut beliau, berpandukan kepada situasi tersebut Wanita Ikram negeri terpanggil menganjurkan seminar ‘Haruan Makan Anak’ untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat terutama ibu bapa dalam mencegah berlakunya insiden sumbang mahram dalam rumah sendiri.
Iklan
Ujarnya, usaha advokasi itu tidak terhad untuk ibu bapa sahaja malah golongan guru.
"Melatih anak-anak supaya berkongsi maklumat dan tidak berahsia, sentiasa ambil peduli setiap aduan mereka. Menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan di dalam pendidikan anak-anak dan perhubungan suami isteri," katanya.
Iklan
Dr Dasmawati berkata, pengukuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat adalah melalui hubungan keluarga yang sihat dan menjadikan rumah selamat.
Tambahnya, sebagai anggota masyarakat, keterlibatan dan kesedaran masyarakat terhadap penderaan seksual kanak-kanak perlu ada.
"Iaitu dengan cara membuat aduan dan pelaporan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak polis dan hospital, menggunakan talian kasih 15999," katanya.
Seminar ‘Haruan Makan Anak’ yang diadakan di Perpustakaan Awam Kelantan di sini, semalam, melibatkan tiga panel iaitu Yang Dipertua Ikram Kelantan, Che Rahimi Samat; Timbalan Pengarah JKM Kelantan, Siti Nor Hasma Mat Isa dan Pengerusi Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK), Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor war"><meta itemprop="description" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #buangpetisuarademinyawa #kansertiroid #bekaspesakitkanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-21T06:53:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a5diq1fcLPJCxeVhf/x120"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0gylw"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0gylw"></script>