Mahu majlis lebih meriah, jimat, 4 beradik sanding serentak
Iklan
Pasangan suami isteri, Mazlan Muskon (lima, kanan) dan Misnah Sulaiman (lima, kiri) bergambar bersama empat anak mereka dan pasangan masing-masing setelah mereka memilih untuk melangsungkan majlis persandingan secara serentak di Taman Bistari, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada Isnin. - Foto Bernama
BATU PAHAT - Bagi sepasang suami isteri, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keempat-empat anak mereka bersanding serentak dan menyambut kesemua menantu dalam satu majlis yang amat meriah di Taman Bistari, Tongkang Pechah di sini hari ini.
Itulah perasaan Mazlan Muskon, 56, dan Misnah Sulaiman, 51, apabila empat anak mereka membuat keputusan untuk mengadakan satu majlis sahaja bagi meraikan perkahwinan masing-masing kerana mahukan kenduri yang lebih meriah selain ingin berjimat.
Iklan
Iklan
"Ternyata majlis jadi lebih meriah apabila ramai yang hadir, bukan sahaja kenalan dan keluarga kami malah pihak pasangan keempat-empat anak saya juga hadir,” kata Mazlan kepada pemberita semasa majlis perkahwinan itu di kediamannya di sini.
Katanya, langkah itu dapat menjimatkan kos keseluruhan majlis seperti mendapatkan khidmat untuk pelamin, katering dan jurugambar.
Iklan
Mazlan dan Misnah sentiasa menerapkan konsep berjimat kepada anak-anaknya dengan menggalakkan mereka menabung sejak kecil lagi.
"Malah sebahagian perbelanjaan untuk majlis perkahwinan ini turut ditampung oleh duit tabungan yang mereka kumpul semenjak awal lagi (dari kecil).
Iklan
"Sekitar RM40,000 dapat dijimatkan apabila majlis ini dilaksanakan serentak," kata Mazlan.
Muhammad Amiruddin Mazlan, 25, pula berkata, beliau dan adik-adiknya telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka secara serentak sejak Mei tahun lepas serta bersyukur ia dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, anak sulung daripada empat beradik tu berkata, antara cabaran yang dihadapi mereka ialah mendapat kesepakatan dalam memilih tema pakaian, pelamin dan tarikh untuk bersanding.
"Pada mulanya, agak sukar untuk memilih tarikh kerana cuti masing-masing berbeza namun akhirnya kami sepakat memilih hari ini kerana cuti sempena Tahun Baharu Cina,” kata pekerja kilang itu.
Selain Muhammad Amiruddin dan pasangannya, Siti Nur Shahiera Mas Dery, 27, majlis itu menyaksikan persandingan Muhammad Fahmi Fakhruddin, 23, bersama pasangan Siti Aishah Sabtu, 24; Muhammad Erwan Azharizam, 22 bersama pasangan Wan Nur Hayati Meor Ahmad, 23, dan adik bongsu mereka iaitu Nur Aisyah Azrina, 21, bersama pasangan Muhammad Aidiel Ashraff Khairul Nizam, 24.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon yang hadir pada majlis itu, menyifatkan ia suatu inisiatif yang unik.
Beliau berkata, selain amat meriah dan menjimatkan kos, majlis itu menjadi kenangan yang bermakna buat ahli keluarga berkenaan.
"Pada saya, ini adalah pengalaman pertama menghadiri majlis persandingan perkahwinan yang dijalankan serentak dengan empat pasangan sekali gus, bukan mudah untuk melaksanakannya kerana memerlukan kesepakatan dan semangat perpaduan daripada beberapa keluarga,” katanya. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.