Rombakan Exco Johor: 'Saya dah tahu akan diganti', kata Hong Pin
Iklan
Tan Hong Pin
JOHOR BAHRU - Exco Sains dan Teknologi, Tan Hong Pin hari mengesahkan namanya akan digugurkan dari barisan baharu Exco Johor.
ADUN Skudai itu berkata beliau tahu mengenai rombakan Exco itu pada hari Isnin, sehari selepas ADUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene.
Iklan
Iklan
"Saya telah dimaklumkan bahawa saya akan diganti,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Semasa ditanya langkah beliau selanjutnya, setiausaha DAP Johor itu berkata beliau akan serahkan perkara itu kepada kepimpinan parti.
Iklan
"Saya dipilih oleh pengundi kerana mereka mahukan seorang ADUN, bukan seorang Exco, jadi saya akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai ADUN,” katanya.
Hong Pin merupakan salah satu daripada dua nama yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian yang akan digugurkan daripada senarai Exco, semalam.
Iklan
Satu lagi nama adalah Mazlan Bujang, pengerusi jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor, dari Bersatu.
Terdahulu hari ini Dr Sahruddin berkata barisan baru anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan menjelang akhir minggu ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>