[VIDEO] 'Saya terjaga selepas dengar pagar dirempuh gajah'
Iklan
M Pavayee (kiri) dan M Alongovan (kanan) menunjukkan pagar rumah yang dirempuh gajah pada malam Rabu. Tangkap layar rakaman video yang tular memaparkan dua ekor gajah merempuh pagar rumah penduduk (kanan).
KLUANG - Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Perdana dan sekitarnya diancam bahaya berikutan kehadiran gajah liar yang mengganggu kehidupan mereka.
Keresahan penduduk semakin memuncak apabila dua ekor gajah dipercayai ibu dan anak itu merempuh pagar besi rumah dan merosakkan tanaman penduduk di Taman Perdana pada malam Rabu.
Iklan
Iklan
Rakaman video berdurasi 26 saat memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.
Penduduk, M Pavayee Ammah, 83, berkata, kehadiran dua ekor gajah pada jam 9.30 malam itu hanya disedari selepas terdengar bunyi pagar di hadapan rumahnya dirempuh seakan dirempuh.
Iklan
"Ketika itu, saya tinggal bersendirian dan sedang tidur. Saya terjaga apabila mendengar pagar di hadapan rumah dirempuh.
"Gajah itu dilihat lalu di tepi rumah saya menuju ke kebun kelapa sawit di belakang rumah," katanya ketika ditemui pada Khamis.
Iklan
Kesan tapak kaki gajah di belakang rumah M Pavayee di Taman Perdana, Kluang.
Sementara itu, adik kepada M Pavayee, M Alangovan, 67, berkata, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, dia mengambil keputusan untuk membawa kakaknya tinggal bersamanya di Taman Sri Intan.
"Saya bimbang keselamatan kakak, memandangkan dia tinggal berseorangan. Diharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan isu gajah di kawasan perumahan yang mengancam penduduk," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, haiwan berkenaan terpisah daripada kawanan asalnya sebanyak lima ekor.
"Perhilitan Johor sudah ambil tindakan dan gajah itu sudah kembali semula ke kawasan semula jadi iaitu hutan berhampiran kawasan perumahan itu.
"Cuma kita masih terus membuat pemantauan untuk lihat sama ada haiwan itu kembali ke kumpulannya ataupun tersasar lagi.
"Dua ekor haiwan itu terpisah daripada kumpulan. Perhilitan Johor akan naikkan dron pada Khamis untuk pantau arah pergerakan gajah,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.