Sawah ditenggelami air kumbahan
Iklan
Azman memeriksa saluran pembentung yang menyebabkan limpahan air di kawasan sawah di sini, hari ini.
ALOR SETAR - Seramai 12 orang pesawah di Kampung Hujung Mergong di sini terpaksa menanggung kerugian hampir RM800,000 selama empat musim berturut-turut akibat sawah mereka ditenggelami air kumbahan.
Seorang pesawah, Rozaimi Hashim, 47, berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak 2016 namun semakin serius sejak setahun lalu.
Iklan
Iklan
"Saya mengerjakan 0.29 hektar sawah, tapi sejak sawah kerap dilimpahi air kumbahan, saya menanggung kerugian hampir RM40,000.
"Air kumbahan ini macam berasid, bila kita tabur benih padi memang tak naik. Kalau naik pun, hasil tak dapat, rugi segala kos yang kami keluar," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Iklan
Romaizi Ali, 45, pula berkata, mereka telah mengemukakan banyak aduan kepada agensi-agensi terlibat sebelum ini.
"Tetapi tiada tindakan diambil. Tetapi alhamdulillah, hari ini bila Exco sendiri yang turun padang, kami sedikit lega dan rasa nasib kami terbela.
Iklan
"Harap-harap musim dua bulan ini, dapatlah kami kerjakan semula sawah kami ini," katanya.
Azman sedang memantau keadaan saliran air berdekatan sawah yang terjejas.
Sementara itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Azman Nasrudin berkata, masalah berkenaan melibatkan keluasan 11.5 hektar sawah yang berpunca daripada kerosakan sistem pembentung di situ.
"Saya difahamkan ada bahagian pembentung yang rosak dan menghalang laluan air yang akhirnya menyebabkan limpahan ke dalam sawah.
"Saya akan memohon peruntukan segera daripada Kementerian Kerja Raya untuk menyelesaikan masalah ini selepas mendengar penerangan daripada agensi terlibat.
"Insya-ALLAH, menjelang musim kedua tanaman padi tahun ini pesawah-pesawah ini akan dapat mengusahakan semula sawah mereka," katanya
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.