Selangor tidak iktiraf kahwin luar negara
Iklan
Abdul Aziz Mohd Yusof
SHAH ALAM - Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pasangan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri turut berdepan pelbagai risiko di masa akan datang.
Iklan
Iklan
"Jabatan-jabatan agama Islam di sini, dari segi undang-undangnya juga tidak mengiktiraf (perkahwinan) mereka, walaupun mungkin dari segi agama adalah sah kahwin, cukup syarat dan sebagainya.
"Dari segi peraturan dan undang-undang negara termasuk Selangor, jika sekiranya mereka berkahwin di luar negara dan tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jadi kita tidak akan mengiktiraf mereka," katanya.
Abdul Aziz (tengah) bergambar bersama peserta konvoi prihatin mangsa banjir ke Terengganu dan Kelantan.
Iklan
Abdul Aziz ditemui pemberita selepas melakukan perlepasan konvoi prihatin mangsa banjir ke Terengganu dan Kelantan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Ahad.
Hadir sama, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.
Iklan
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, anak hasil pernikahan pasangan terbabit juga akan berdepan kesukaran untuk melangsungkan perkahwinan sekiranya kedua ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.
"Misalnya anak nak kahwin, hasil nikah (luar negara) itu, kita kena semak, sama ada perkahwinan itu ada daftar di JAIS, kalau tak ada kita tidak boleh, kena pergi mahkamah untuk mengesahkan dan mungkin akad nikah balik.
"Itu sebagai contoh, atau pun dari segi urusan pembahagian harta pusaka pun tak boleh dilakukan sebab kita tidak mengiktiraf dari segi undang-undang dari segi peraturan kalau mereka kahwin di luar negara," katanya.
Beliau menambah, pihak berkuasa agama negeri juga tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang menguruskan pakej perkahwinan di luar negara dengan dakwaan mendapat kebenaran pihaknya.
"Walaupun dalam pakej (diedarkan) tersebut tulis diiktiraf negara kita, saya tak pasti dan saya tidak fikir Selangor ada kerjasama seperti itu kerana ruang terbuka luas untuk kita yang hendak kahwin di sini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>