36 keluarga terjejas rumah dipukul ombak terima bantuan
Iklan
Hajiji menyampaikan bantuan ihsan daripada kerajaan negeri kepada penduduk yang terjejas selepas rumah mereka dipukul ombak dalam kejadian di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Nasib 36 keluarga yang terjejas akibat fenomena air pasang di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini mendapat perhatian apabila kerajaan Sabah menyalurkan bantuan wang ihsan kepada mereka terlibat.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemilik kepada tiga rumah yang roboh manakala 33 lagi yang rosak diberikan bantuan untuk mereka membina semula atau membaik pulih rumah masing-masing.
Iklan
Iklan
"Saya berkesempatan untuk melawat mangsa rumah akibat dipukul ombak besar di Kampung Tanjung Ari ini dan didapati mangsanya terdiri daripada 36 orang di mana tiga rumah roboh sepenuhnya manakala 33 rumah lagi ada sebahagian rumah yang rosak.
"Selain itu, bantuan kecemasan RM1,000 untuk setiap keluarga bagi meringankan bebanan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan dan meninjau lokasi kawasan rumah yang terjejas di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, pada Selasa.
Iklan
Ditanya mengenai perkembangan bagi mangsa yang terjejas di Kampung Forest, Sandakan, Hajiji berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada jawatankuasa bencana alam di daerah itu sebelum keputusan diambil.
"Kita masih lagi menunggu laporan daripada jawatankuasa bencana alam di Sandakan, kerana ada beberapa pendapat di sana, satu mereka (penduduk) tidak mahu dibina rumah di kawasan tersebut.
Iklan
"Jadi sekarang kita sedang mencari satu kawasan yang sesuai dan ada mangsa yang kita pindahkan ke pusat pemindahan sementara iaitu di perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR).
"Jadi kita tunggu dulu laporan itu baru kita boleh buat keputusan atau bantuan," jelasnya.
Sebelum itu, dalam kejadian 22 Disember lalu, sebanyak tiga rumah roboh manakala selebihnya terjejas akibat dipukul ombak di Kampung Tanjung Aru Baru manakala pada 24 Disember lalu, lebih 100 rumah turut roboh di Kampung Forest, Sandakan.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.