'Terkejut digugurkan tetapi saya faham'
Iklan
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu bertekad meneruskan pelaksanaan reformasi sektor kesihatan meskipun tidak tersenarai menganggotai kabinet Kerajaan Perpaduan.
[WAWANCARA EKSKLUSIF] Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bertekad untuk meneruskan pelaksanaan reformasi sektor kesihatan meskipun tidak tersenarai menganggotai kabinet Kerajaan Perpaduan.
Bekas Menteri Kesihatan itu mengakui tidak terkilan apabila tiada dalam saf kepimpinan negara malah memahami keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa menyusun barisan kabinet kerajaan pimpinannya.