Maimunah setia, tabah jaga suami terlantar
Iklan
Maimunah menerima sumbangan kurniaan TMJ yang disampaikan oleh wakil Pejabat Daerah Muar, Mohamad Fahmi Zakaria sambil diperhatikan Ketua Cawangan PVATM Muar, Shamsuddin Rais (kanan) di Kampung Naib Piee, Bukit Pasir, Muar, semalam.
MUAR - Seorang isteri dari Kampung Naib Piee, Bukit Pasir, di sini, setia menjaga suami yang terlantar akibat strok 20 tahun lalu.
Maimunah Rasid, 68, berkata, walaupun kudrat tidak sekuat dahulu, namun sebagai isteri, dia berusaha menjaga keperluan suaminya, Othman Sanapon yang berusia 71 tahun.
Iklan
Iklan
Ibu kepada tujuh cahaya mata ini berkata, kehidupan keluarganya berubah setelah suaminya tiba-tiba lemah sewaktu pulang dari kerja.
"Selepas suami bersara sebagai tentera pada 1986, dia melakukan beberapa pekerjaan lain. Dan tak silap saya, suami bekerja sebagai pemandu lori pada 1994.
Iklan
"Pada peringkat awal strok, suami masih boleh bertutur walaupun kurang jelas dan mampu memalingkan badan ke kiri dan kanan. Ketika itu, enam anak masih bersekolah dan belajar kecuali anak kedua sahaja sudah bekerja.
"Dengan tiada sebarang persediaan, saya akui pada saat itu ujian besar buat saya sebagai isteri dan ibu kerana rutin berubah secara mendadak.
Iklan
"Tanggungjawab saya sangat besar sebab selain memastikan sumber kewangan keluarga mencukupi, rutin penjagaan suami juga harus diutamakan,” katanya.
Katanya, dia bernasib baik kerana anak banyak membantu terutama anak kedua saya yang banyak menghulurkan nafkah demi keperluan adik-beradiknya.
Maimunah berkata, kini, setelah 20 tahun berlalu, suaminya hanya mampu melihat dan mendengar tanpa sebarang tindak balas.
"Dia dengar dan faham arahan kita, namun tak boleh nak respon macam dulu.
"Sekarang nak paling muka pun tak larat. Meskipun anak semua dah bekerja, namun alhamdulillah empat daripada mereka sanggup berkorban bekerja di daerah ini demi membantu saya menguruskan bapanya,” katanya.
Terdahulu, Maimunah terharu apabila menerima bantuan kurniaan daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ) bernilai RM1,000 yang disampaikan wakil Pejabat Daerah Muar, Mohamad Fahmi Zakaria ketika sama-sama mengunjungi Othman di bawah aktiviti lawatan Pejabat Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Muar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>