Prabakaran sumbang van jenazah RM150,000

Iklan
Prabakaran (kanan) menyerahkan van jenazah bernilai RM150,000 kepada pengurusan Madrasah Raudatul Muttaqin pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menyumbang van jenazah bernilai RM150,000 untuk kegunaan Madrasah Raudatul Muttaqin, Taman Datuk Senu Sentul.

Prabakaran berkata, lebih setahun pengurusan surau Jumaat itu mencari ikhtiar bagi pembelian van jenazah berkenaan sebelum bertemu beliau sekitar Jun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tempoh tiga bulan diambil bagi meluluskan permohonan tersebut menggunakan peruntukan Pusat Khidmat Parlimen Batu.

"Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban pihak madrasah dan tidak dibebani masalah kewangan," katanya pada Ahad.

Iklan

Prabakaran pada Ahad berkongsi penyerahan van jenazah berkenaan menerusi kemas kini di Facebook beliau.

Tambah beliau, pihaknya akan memastikan semua rumah ibadat di Parlimen Batu dapat bantuan yang sepatutnya.

Iklan

Prabakaran meneruskan mandat rakyat di Parlimen Batu bagi penggal kedua selepas menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan majoriti 22,241 menewaskan sembilan pencabarnya.

Selain Prabakaran, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut melakukan inisiatif sama apabila melengkapkan dana pembelian sebuah van jenazah di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara 12 Disember lalu.