Covid-19: 857 kes baharu, tiga kematian

Iklan
Sebanyak 857 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Jumaat.

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 857 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Oleh demikian, ia telah menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 14,590.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah itu, Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 93.8 peratus atau 13,685 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 1,119 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,969,828.

Iklan

Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan tiga kematian terbaharu dan kesemuanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,824.

Iklan