Penyakit misteri 'serang' Afghanistan

Iklan
Sistem penjagaan kesihatan di Afghanistan dibiayai sepenuhnya oleh pembiaya asing sehingga Taliban mengambil alih kuasa selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (A)S pada Ogos 2021. - Foto Agensi

KABUL - Patogen tidak diketahui telah menjangkiti lebih 80 individu dan meragut dua nyawa kanak-kanak di wilayah Zabul di Afghanistan, menurut media tempatan pada Selasa.

Pihak berkuasa Taliban memberitahu penyakit misteri itu menyebabkan demam yang teruk selain berlaku pendarahan pada mulut dan hidung.

Iklan
Iklan

Ketua Kesihatan Awam, Abdul Hakim Hakimi berkata, klinik di daerah Shahjoy di wilayah itu merekodkan peningkatan jumlah kes penyakit misteri tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Wilayah Zabul pernah dilanda penyakit misteri pada musim panas lalu apabila kira-kira 200 penduduk di Shahjoy mengalami simptom seperti taun pada Mei lalu dipercayai berpunca daripada tahap kebersihan yang lemah.

Iklan

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap sistem kesihatan di Kabul kini 'di ambang kejatuhan' berikutan kurang satu daripada lima klinik negeri masih beroperasi dan penyakit seperti polio adalah endemik.

Difahamkan, sistem penjagaan kesihatan di Afghanistan dibiayai sepenuhnya oleh pembiaya asing sehingga Taliban mengambil alih kuasa selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (A)S pada Ogos 2021. - Agensi

Iklan