[VIDEO] Gadai nyawa, bantu penduduk seberang Sungai Kelantan
Iklan
Shamsuddin (kanan) membuka tali bot sebelum menyeberangi sungai. Gambar kecil: Shamsuddin
KUALA KRAI - Seorang pemandu bot penambang, Shamsuddin Abdullah, 53, sanggup menggadai nyawa mengemudi bot meredah Sungai Kelantan pada paras bahaya.
Iklan
Iklan
Tindakan itu dilakukan bagi membantu lebih 3,000 penduduk di empat kampung yang mempunyai urusan mustahak, dan terdesak bagi menyeberangi sungai selebar sekitar 300 meter (m) dengan kedalaman semasa setinggi 25.16m.
Shamsuddin berkata, pengangkutan bot penambang adalah satu-satunya yang ada di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu berikutan tiada kemudahan feri buat masa ini.
Iklan
"Kalau mereka tidak ada urusan penting, takkan menyeberangi sungai kerana keadaan arus deras dan berbahaya,” katanya ketika ditemui di Jeti Kampung Pasir Era di sini pada Selasa.
Katanya, antara penduduk kampung terlibat ialah Kampung Taku Estet, Kampung Pasir Kelang Lama, Kampung Pasir Kelang Baru dan Kampung Buyong Darul Hijrah.
Iklan
Menurut Shamsuddin yang juga pengemudi feri itu, pengalaman tiga tahun mengendalikan bot digunakan ketika membawa penumpang-penumpang menyeberangi arus sungai.
"Hendak menyebarang, perlu lihat keadaan terlebih dahulu. Tak boleh menyeberang semasa air tengah naik atau waktu hujan lebat kerana terlalu berisiko.
"Perlu juga melihat keadaan kayu dan balak yang hanyut manakala penumpang diwajibkan memakai jaket keselamatan,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk di Pasir Kelang Baru, Nor Asikin Mat Yusoff, 47, berkata, dia terpaksa keluar dengan menaiki bot untuk menghantar anak lelakinya, Haikal Yahya, 20, ke stesen bas di bandar Kuala Krai.
Nor Asikin
"Saya keluar awal pada Ahad lalu, tetapi tersekat banjir di beberapa jalan dan tidak dapat pulang ke rumah. Terpaksa bermalam di rumah saudara di Kampung Pahi.
"Biasanya saya tidak akan keluar kerana terlalu takut untuk menyeberangi sungai ini.
"Kalau ada urusan penting, hanya tawakal sahaja ketika naik bot dari rumah untuk sampai ke tanah utama,” katanya.
Suri rumah, Norlidawati Ibrahim, 40, berkata, dia menggunakan pengangkutan itu untuk menghantar suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori.
Norlidawati - Foto Sinar Harian
"Kampung kami juga di seberang sungai sana ada tempat yang dinaiki air dan perlu mendayung perahu sebelum menaiki pula sebuah motosikal untuk sampai di tepi Sungai Kelantan ini. Kemudian, barulah naik bot untuk ke tanah besar.
"Kereta saya pula diletakkan di tanah besar untuk pergerakan kami. Kami tidak ada pilihan lain selain berdepan bahaya menyeberangi sungai ini,” katanya.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.