Tanah runtuh: 3 anggota, pegawai SAR terima rawatan di hospital
Iklan
BATANG KALI - Seramai dua anggota serta seorang pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini terpaksa dibawa keluar untuk menerima rawatan setakat Selasa.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kesemua anggota dan pegawai berkenaan dikeluarkan dari lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan dan masalah kesihatan.