Selangor FC 'usik' Faisal Halim

Iklan
Faisal (kiri) dan Mukhairi ketika beraksi bersama skuad Harimau Malaya menentang Maldives baru-baru ini. Foto IG Selangor FC.

SELANGOR FC memberi bayangan kehadiran 'orang' baharu iaitu pemain sayap pasukan kebangsaan, Faisal Halim ke dalam skuad Gergasi Merah.

Bayangan itu diberikan menerusi satu paparan di Instagram Selangor FC yang mengucapkan tahniah kepada pemain skuad Gergasi Merah yang tersenarai dalam pasukan Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada Rabu.

Iklan
Iklan

Turut dimuatkan ialah sekeping foto yang memaparkan pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal beraksi bersama skuad negara menentang Maldives baru-baru ini.

Dalam gambar itu turut terpapar dari sudut belakang pemain berjersi nombor 7 iaitu Faisal yang memakai lilitan kapten.

Iklan

Ia memberi bayangan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu hampir pasti menyarung jersi skuad Gergasi Merah.

Sebelum ini berlegar desas-desus yang mengaitkan penghijrahan bekas pemain Terengganu FC (TFC) itu ke Lembah Klang.

Iklan

Pemain berusia 24 tahun itu dikhabarkan bakal menguatkan jentera serangan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Spekulasi itu diperkuatkan dengan satu hantaran TFC di media sosial yang mengucapkan selamat maju jaya kepada 12 pemain termasuk Faisal yang akan meninggalkan kelab.

Selain Mukhairi, enam lagi pemain Selangor berada dalam skuad bimbingan Kim Pan-gon iaitu kapten Brendan Gan, Norhakim Hassan dan Fazly Mazlan.

Turut tersenarai dalam skuad Harimau Malaya ialah Quentin Cheng, Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal.