Tanah runtuh: 14 jasad mangsa dibawa keluar dari hospital

Iklan
Antara kenderaan yang membawa jenazah mangsa meninggal dunia meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, pada Sabtu.

SUNGAI BULOH - Sebanyak 14 daripada 24 mangsa meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Highland-Batang Kali selesai menjalani proses bedah siasat dan dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, setakat kira-kira jam 8.30 malam Sabtu.

Van jenazah membawa mangsa terlibat itu dilihat mula meninggalkan pusat perubatan itu secara berperingkat untuk urusan pengebumian bermula jam 4.20 petang tadi.

Iklan
Iklan

Pergerakan keluar mayat mereka yang maut dalam insiden itu difahamkan akan bersambung semula pada Ahad.

Kenderaan polis yang membawa mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada Sabtu.

Proses pengecaman mangsa juga difahamkan terus berjalan dengan beberapa ahli keluarga mangsa didapati masih hadir di Jabatan Forensik tersebut.

Iklan

Setakat pukul 5.30 petang Sabtu, sejumlah 24 mangsa meninggal dunia berjaya dikeluarkan daripada tempat kejadian, terdiri daripada lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan empat dewasa (lelaki).

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan.

Iklan