Maritim Malaysia Perak pindahkan mayat kru kapal warga Rusia

Iklan
Maritim Malaysia membantu membawa mayat seorang kru kapal kargo warga Rusia berhampiran Pulau Pangkor, Lumut pada Jumaat.

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak melaksanakan khidmat ‘medical evacuation’ (medevac) bagi membawa mayat seorang kru kapal kargo warga Rusia, pada kedudukan 0.9 batu nautika selatan dekat Pulau Pangkor, di sini kira-kira pukul 9 malam Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, kapal kargo yang berpusat di Panama itu dilaporkan dalam pelayaran menuju ke Phuket, Thailand.

Iklan
Iklan

"Menurut laporan awal yang diterima daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) pada 4.55 petang Jumaat, lokasi kapal MV One Destiny itu berada pada kedudukan 30 batu nautika selatan Pulau Pangkor.

Mohd. Hambali berkata, mayat mangsa selamat didaratkan di Jeti Perikanan Kampung Acheh di sini pada 10 malam.

Iklan

Menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Seri Manjung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai boleh melaporkan sebarang maklumat dan insiden kecemasan di laut ke MERS 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera. - Bernama

Iklan