Tanah runtuh: Peluang 12 mangsa ditemukan hidup tipis - JBPM

Iklan
Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan perkhidmatan anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Bernama

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Peluang untuk 12 mangsa ditemukan dalam keadaan selamat disifatkan amat tipis memandangkan faktor runtuhan dan jangka masa kejadian yang sudah memasuki hari kedua.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, secara kasarnya peluang untuk mangsa hidup amat tipis.

Iklan
Iklan

"Runtuhan melibatkan badan mangsa ditimbus dengan tanah sekali gus mengakibatkan mangsa sesak nafas berdasarkan keadaan dan lokasi kejadian.

"Melainkan sekiranya mangsa di kawasan timbunan tanah yang mana terdapat timbunan kayu dan batu, risiko mangsa selamat mungkin ada kerana mempunyai ruang udara," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lokasi kejadian tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Suffian Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan kekuatan seramai 135 anggota daripada empat agensi serta dibantu tujuh anjing pengesan.

Iklan

"Operasi sebelum ini ditangguhkan berikutan hujan kira-kira jam 9 malam pada Jumaat, dan disambung semula pada jam 9 pagi hari ini.

"Setakat ini belum terdapat sebarang penemuan mangsa dalam usaha yang dijalankan," katanya.

Setakat jam 11 pagi Sabtu, 21 mangsa disahkan meninggal dunia, 61 terselamat dan 12 lagi masih belum ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dijalankan membabitkan 135 anggota penyelamat diketuai Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis.