KUALA LUMPUR - Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu pada 1 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.