Polis buru individu cuba curi kabel

Iklan
Polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kes cubaan mencuri kabel di Sungai Lalang, Semenyih dekat sini pagi Jumaat. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kes cubaan mencuri kabel di Sungai Lalang, Semenyih dekat sini pagi Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 2.08 petang Jumaat.

Iklan
Iklan

"Kejadian dipercayai berlaku pada 9.30 padi dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap suspek yang menggunakan pacuan empat roda dan motosikal.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda," katanya dalam kenyataan.

Iklan
Iklan

Naazron berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan A Vaelmurgan di talian 019-6111660. - Bernama