Banjir Kelantan belum serius - Mohd Amar
Iklan
Mangsa banjir di Rantau Panjang berpindah ke PPS. (Gambar kecil: Mohd Amar)
KOTA BHARU - Banjir di Kelantan melibatkan daerah Rantau Panjang dan Pasir Mas ketika ini disifatkan sebagai belum berada pada tahap serius.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, banjir tersebut adalah bah biasa akibat hujan.
Iklan
Iklan
"Banjir ketika ini baru peringkat awal akibat hujan. Apabila hujan berhenti, banjir akan surut.
"Banjir yang betul-betul serius apabila air datang dari hulu yang dipanggil hujan hulu,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, bagaimanapun penugasan banjir dilaksanakan seperti biasa membabitkan usaha menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh anggota keselamatan.
"Barangan makanan kepada mangsa banjir sudah tersedia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain persiapan menyelamat seperti bot juga bergerak apabila banjir,” katanya.
Iklan
Menurut Mohd Amar, bantuan kewangan kepada mangsa pula akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana banjir ini di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pada Rabu, Kelantan merekodkan serami 2014 mangsa banjir daripada 634 keluarga yang dipindahkan ke tujuh PPS di dua daerah tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>