Poster konsert Wali tular, Kelantan sahkan tiada kelulusan
Iklan
Poster promosi konsert Wali yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 27 Januari 2027 tular di media sosial, namun penganjur disahkan belum mendapat sebarang kelulusan pihak berkuasa negeri setakat 26 Oktober lalu.
KOTA BHARU – Poster promosi konsert kumpulan Wali yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 27 Januari 2027 tular di media sosial, namun penganjur disahkan belum memperoleh sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa negeri setakat 26 Oktober lalu.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata semakan mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Perbendaharaan Negeri Kelantan belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi penganjuran program berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, semakan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa tangkap layar iklan penjualan tiket secara dalam talian menerusi pautan ILASSOTICKET.COM bagi program bertajuk “Wali (Semalam di Kelantan)”.
“Pihak MPKB-BRI selaku pegawai pelesen dan Perbendaharaan Negeri Kelantan mengesahkan tiada sebarang permohonan rasmi diterima setakat semalam (26 Oktober 2026) bagi program seperti yang tertera pada poster yang tular,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata, semakan dengan pihak pengurusan Stadium Sultan Muhammad IV bagaimanapun mengesahkan terdapat tempahan oleh sebuah syarikat untuk menggunakan stadium berkenaan pada tarikh yang dinyatakan dalam iklan tersebut.
Namun, katanya, tempahan penggunaan stadium tidak bermaksud penganjuran acara hiburan dan penjualan tiket bagi program itu telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.
Iklan
“Pihak kerajaan negeri mengesahkan tiada kelulusan diberikan oleh MPKB-BRI dan Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi penganjuran acara hiburan serta penjualan tiket dalam talian seperti yang dipaparkan dalam poster berkenaan,” katanya.
Hilmi turut mengingatkan penganjur supaya mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan 2025, khususnya berkaitan larangan mengiklankan program hiburan atau menjual tiket sebelum lesen diluluskan.
“Menurut Seksyen 20 enakmen itu, mana-mana individu yang melanggar larangan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Sementara itu, Seksyen 21 memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menjual, mengedar, menawarkan atau mempamerkan tiket tanpa kebenaran mengikut peruntukan yang ditetapkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua penganjur hiburan supaya mengemukakan permohonan mengikut prosedur serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan implikasi undang-undang.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.