Gunung Feugo meletus lagi

Iklan
Letusan terbaharu gunung berapi Feugo di Guatemala. - Foto Agensi

MOSCOW - Gunung berapi Feugo terletak di Guatemala dilaporkan meletus sekali lagi, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi (Insivumeh) pada Ahad

"Aktiviti letusan diisytiharkan...berterusan menghasilkan asap tebal dan aliran lahar ke arah gaung Las Lajas," menurut ciapan di Twitter.

Iklan
Iklan

Tambahnya, awan yang dihasilkan aliran lahar adalah panas dan boleh menyebabkan debu jatuh di penempatan di bahagian barat dan barat daya gunung berapi serta menjejaskan laluan trafik udara.

Feugo adalah gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah dan terletak kira-kira 45 kilometer ke barat ibu negara Guatemala.

Iklan

Ketinggian gunung tersebut ialah 3,763 kilometer dari aras laut.

Pada Jun 2018, letusan kuat gunung itu telah menjejaskan 1.7 juta rakyat atau 10 peratus daripada penduduk negara itu.

Iklan

Sekurang-kurangnya 190 orang terkorban akibat letusan itu. - Agensi