Johor kaji tukar sesi kelas darjah khas kepada Khamis
Iklan
MOHD FARED
ISKANDAR PUTERI - Johor bersedia mengkaji kesesuaian pindaan sesi pembelajaran Kelas Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri daripada Sabtu kepada Khamis.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kajian itu perlu dibuat memandangkan pelajar kelas darjah khas merupakan pelajar yang sama berada di tingkatan satu sekolah menengah dan ada yang tinggal asrama.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, jika pindaan kelas darjah khas dibuat pada Khamis, akan menimbulkan masalah ketiadaan guru.
"Ini kerana pada hari tersebut, terdapat guru-guru sesi pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor.
Iklan
"Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyambut baik pandangan yang diutarakan dan akan membuat kajian kebolehlaksanaan pindaan waktu pembelajaran kelas darjah khas,"katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail pada Khamis.
Iklan
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata JAINJ dalam usaha menambah baik skim perjawatan guru-guru sekolah agama kerajaan Johor dengan menimbal guna sistem kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) yang diguna pakai di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Menurut beliau, sistem itu membolehkan guru agama DG29 hanya memerlukan lapan tahun sahaja untuk kenaikan ke DG32 berbanding 10 tahun sebelum ini.
"Skim itu juga membolehkan guru-guru agama terus berkhidmat di Sekolah Agama Kerajaan Johor," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>