Kurang telur di Johor kerana eksport ke Singapura, pasaran luar
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Johor tidak mengalami masalah kekurangan bekalan telur ayam yang kritikal ketika ini.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, kekurangan bekalan yang berlaku hanya disebabkan permintaan eksport ke Singapura selain menghantar bekalan ke pasaran di Melaka dan Negeri Sembilan.
Iklan
Iklan
"Isu telur, Johor kita sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal, bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor merupakan antara pengeluar telur besar juga (dalam negara).
"Cuma kita maklum kebanyakan dieksport ke Singapura, dan negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan, tetapi daripada segi pengeluaran tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu penuhi eksport," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail (HSI) Kota Iskandar di sini pada Rabu.
Zahari Sarip
Dalam perkembangan lain, Zahari berkata, kerajaan negeri tidak berdepan masalah bekalan makanan melibatkan hasil laut dan juga tanaman walaupun berdepan musim tengkujuh bermula November lalu.
Iklan
Katanya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga persatuan usahawan tani memaklumkan bekalan mencukupi walaupun berlaku pengurangan kutipan hasil khususnya akibat musim tengkujuh bulan lalu.
Beliau memberitahu, jumlah pendaratan ikan yang direkodkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada September adalah 3,065 tan metrik.
Menurutnya, trend penurunan pendaratan ikan di empat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga menunjukkan bahawa faktor angin kencang dan laut bergelora menyebabkan kadar pendaratan menurun iaitu sebanyak 542 tan metrik pada Oktober berbanding dengan 754 tan metrik pada September.
Katanya, berdasarkan pemantauan di pasaran runcit yang dijalankan di beberapa lokasi pasar utama, harga ikan di Johor masih stabil.
"Situasi sama turut melibatkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, di mana ada beberapa kawasan penanaman terjejas akibat hujan lebat namun tidak menjejaskan permintaan bekalan ketika ini," jelasnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.