[VIDEO] PPj tarik 31 kenderaan terbiar
Iklan
Antara kenderaan tersadai yang ditarik PPj dalam operasi tersebut.
PUTRAJAYA - Sebanyak 31 buah kenderaan terbiar ditarik dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di kuaters sekitar Putrajaya.
Pengarah Penguatkuasa PPj, Mohd Ali Jusoh berkata, tindakan itu merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan masalah parkir yang meruncing di wilayah itu.
Iklan
Iklan
"Kenderaan tersebut kebanyakannya adalah milik penghuni kuarters dan BPH telah memberikan tiga kali notis sebelum tindakan penarikan dibuat," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut pada Rabu.
Mohd Ali
Beliau berkata, kesemua kenderaan ditarik itu akan disimpan di depoh PPj bagi tempoh enam bulan bagi urusan tuntutan pemiliknya.
Iklan
"Sekiranya tiada pemilik yang tampil selepas tempoh tersebut, pihak kami akan melupuskan kenderaan terbabit," katanya.
Mohd Ali berkata, pada tahun lalu sebanyak 100 kenderaan turut dikenakan tindakan sama dan daripada jumlah itu, 60 kenderaan dilupuskan selepas pemiliknya gagal tampil membuat tuntutan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>