9 lelaki termasuk remaja direman bantu siasatan kes rogol

Iklan
Sembilan lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di Jalan PCB di sini pada Oktober lalu. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seramai sembilan lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini pada Oktober lalu.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 21 tahun itu direman antara lima hingga tujuh hari bermula Jumaat.

Iklan
Iklan

Bagi enam remaja di bawah umur direman lima hari sementara individu berusia 18 hingga 21 tahun direman tujuh hari bermula Jumaat sehingga Khamis depan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Izdham Naim Che Ani untuk siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada jam 6.38 petang, pada Khamis.

"Semasa tinggal bersama teman lelakinya mangsa telah melakukan hubungan seks bersama rakan suspek lain di kawasan tepi pantai, Jalan PCB," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya, ibu mangsa membuat laporan polis berkait kehilangan anaknya pada 16 November lalu.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau.