Insiden Itaewon: Ketua Polis Seoul disoal siasat

Iklan
Insiden rempuhan maut pada malam pesta Halloween di Itaewon pada 29 Oktober lalu.

SEOUL - Ketua polis Seoul dipanggil untuk disoal siasat pada Jumaat sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan mengenai kejadian rempuhan maut di kejiranan Itaewon, Seoul.

Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, Kim Kwang Ho tiba di ibu pejabat pasukan penyiasat khas di barat Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.

Iklan
Iklan

Kim didakwa atas tuduhan kecuaian profesional, mengakibatkan kematian 158 orang pada 29 Oktober.

Ditanya mengenai pertuduhan yang dihadapi beliau setibanya di bangunan itu, Kim hanya berkata,"Saya sedia menjalani siasatan tanpa menyembunyikan atau menambah sebarang fakta."

Iklan
Iklan

Beliau adalah pegawai polis berpangkat tinggi yang dipanggil untuk disoal siasat selepas pasukan penyiasat itu mendapat waran menahan empat pegawai kanan pada Khamis. - Bernama