Sabah wujud pusat perlindungan untuk kanak-kanak Palauh
Iklan
Abidin (tengah) ketika hadir pada sidang DUN Sabah di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan mewujudkan Pusat Perlindungan Sementara di setiap daerah bagi menangani isu kanak-kanak Palauh yang berkeliaran dan mengemis di jalan raya serta lampu trafik di bandar utama di negeri ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, kerajaan mengambil langkah menyelamat kanak-kanak itu dengan mewujudkan pusat perlindungan dan Kota Kinabalu merupakan projek perintis yang akan beroperasi hujung tahun ini.
Iklan
Iklan
"Pusat Perlindungan Sementara ini akan diselia kerajaan negeri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am serta dibantu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Pilot projek akan dilaksanakan di Kota Kinabalu di mana kerajaan negeri telahpun mengenal pasti sebuah rumah kerajaan yang tidak lagi didiami untuk dijadikan sebagai Pusat Perlindungan Sementara dan dijangka akan mula beroperasi penghujung tahun ini di mana peruntukan segera sebanyak RM250,000 telahpun disediakan untuk tujuan pengubahsuaian rumah berkenaan agar bersesuaian dengan konsep Pusat Perlindungan Sementara," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi menjawab soalan lisan dikemukakan oleh Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Isnin.
Abidin memaklumkan, sasaran pusat perlindungan itu adalah kanak-kanak Palauh bersama dengan penjaga atau berasingan akan diselamatkan semasa operasi yang dijalankan oleh PBT secara berjadual dan bersasar.
Iklan
"Kanak-kanak jalanan ini akan dihantar ke Pusat Perlindungan Sementara untuk pengasingan dalam tempoh maksimum sehingga tiga bulan.
"Pusat ini akan menyediakan program khas yang menerapkan kemahiran mengenai pengurusan diri, kehidupan bermasyarakat dan pembelajaran rohani secara tidak rasmi. Selepas itu, kanak-kanak ini akan dikembalikan kepada ibu bapa atau penjaga apabila tempoh tiga bulan berakhir.
"Semasa penyerahan kembali kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga perlu melalui proses amaran kelakuan dan larangan mengulangi kesalahan," katanya.
Bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Yusof Yacob (BN-Sindumin), Abidin tidak menafikan aktiviti mengemis yang dilakukan kanak-kanak Palauh itu menjatuhkan imej Sabah di mata pelancong.
"Jadi isu yang timbul di sini, kanak-kanak ini membekalkan perkhidmatan mengangkat barang dan juga menjual barang-barangan dan kita sebagai rakyat Malaysia khususnya di Sabah ini sepatutnya tidak melayan mereka untuk berbuat demikian.
"Kalau kita tidak memerlukan khidmat yang diberikan kanak-kanak ini sudah tentu ia tidak akan membuat perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh saya difahamkan oleh pihak PBT di mana apabila mereka dapati ada kanak-kanak Palauh ini menjual makanan seperti pisang, kuih dan macam-macam, PBT akan merampas barang jualan mereka dan mereka akan lari.
"Tetapi apabila kita membelinya, ini akan mengalakkan mereka untuk menjual lagi, jadi apa yang penting bukan hanya penguatkuasaan daripada PBT tetapi dari segi kominiti," katanya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.