Ratusan bangkai ikan kelah terapung cetus tanda tanya

Iklan
Bangkai ikan pelian atau kelah ditemui terapung di Sungai Matang.

SIPITANG - Ratusan bangkai ikan pelian atau kelah ditemui terapung di Sungai Matang mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan penduduk Kampung Long Pasia di sini.

Ketua Kampung Long Pasia, Yakub Sim, 58, berkata, beliau tidak pasti bila kejadian itu bermula, namun disedari penduduk selepas melihat sejumlah bangkai ikan timbul di permukaan sungai yang menjadi sumber makanan mereka.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pasti bila ikan ini mulai mati, tetapi penduduk menyedarinya apabila tiba-tiba ratusan bangkai ikan termasuk yang kecil pun kelihatan terapung di sungai tersebut.

"Ini menimbulkan tanda tanya kami dan bimbang dengan keadaan tersebut, memandangkan ikan di sungai ini memang menjadi sumber khas penduduk di kampung ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Seekor ikan pelian atau kelah ditemui mati di Sungai Matang.

Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian ikan berkenaan.

Iklan

"Setakat ini, kami masih belum mengetahui punca kematian ikan tersebut dan sedang menunggu keputusan daripada Pejabat Perikanan yang telah turun melawat sungai berkenaan," katanya.

Sebelum itu, terdapat kira-kira 400 penduduk di kampung berkenaan dan kebanyakkannya bergantung dengan sumber makanan di sungai tersebut.