PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM
Iklan
Mohamad Sofee
KULIM - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi hadiah terbaik buat pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Khamis lepas.
Calon PH bagi Parlimen Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak berkata, untuk memastikan kemenangan tersebut, beliau bersama jentera perlu bekerja dengan lebih kuat dan tidak boleh mengambil mudah bagi memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
"Dalam siri kempen saya beberapa hari ini, saya merayu kepada pengundi untuk memberi peluang kepada PH untuk menang di Parlimen Padang Serai sebab ini akan jadi hadiah penduduk di sini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"... kita nampak sambutan masyarakat sangat memberangsangkan dan Insya-ALLAH kami mengharapkan pengundi di Padang Serai akan terus memberi sokongan dan sambutan dalam tempoh berkempen ini,” katanya kepada pemberita ketika berkempen di sebuah pasar di sini pada Sabtu.
Iklan
Khamis lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Dalam pada itu, Mohamad Sofee yang juga Setiausaha PH Kedah berkata, beliau akan memastikan kelangsungan perkhidmatan cemerlang bekas Ahli Parlimen Padang Serai mendiang, M Karupaiya yang meninggalkan rekod prestasi yang sangat baik di kawasan itu.
Iklan
Mohamad Sofee, 47, yang juga seorang peguam menggantikan calon PH sebelum ini, Karupaiya, 69, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan pada 16 November lepas.
Pengundian di Parlimen Padang Serai ditangguhkan ke 7 Disember ini dan undi awal 5 Disember.
Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili PH menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon Pas, Muhamad Sobri Osman dan calon BN, Datuk Dr Leong Yong Kong. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>