Lelaki gagal ujian e-hailing mengamuk guna sabit

Iklan
Sabit yang digunakan suspek dalam kejadian itu. -Foto: PDRM, gambar kiri: Mohamad Fakhruddin

PETALING JAYA - Gara-gara gagal ujian e-hailing, seorang lelaki hilang pertimbangan dan mengamuk sambil melibas sabit sepanjang 14 sentimeter (cm) dalam kejadian di Sungai Way, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 3.40 petang.

Iklan
Iklan

"Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun telah mengamuk dengan bersenjatakan sebilah sabit di pejabat syarikat e-hailing berkenaan.

Muhammad Fakhruddin berkata, insiden yang berlaku di pejabat penyedia platform e-hailing terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mana-mana pihak.

Iklan

Beliau berkata, ketika ditahan, suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah.

"Pihak polis telah menangkap suspek di dalam bangunan terbabit.

Iklan

"Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah dan telah direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan," ujarnya.