Detik indah Ronaldo di Qatar

Iklan
Ronaldo meledak satu gol ketika membantu Portugal menewaskan Ghana 3-2 pada aksi Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo sudah melupakan kontroversinya di Manchester United selepas mencipta rekod jaringan kelima di Piala Dunia Qatar 2022 ketika membantu Portugal menewaskan Ghana 3-2 pada Jumaat.

Ikon yang mencecah usia 37 tahun itu meledak gol pada minit ke-65 menerusi sepakan penalti sekali gus mengatasi senarai rekod Pele, Uwe Seeler dan Miroslav Klose yang masing-masing meledak gol dalam empat edisi Piala Dunia.

Iklan
Iklan

"Ia satu detik yang indah, Piala Dunia kelima saya, Portugal menang dan kami bermula dengan langkah kanan.

Gergasi Liga Perdana Inggeris, United sebelum ini mengumumkan Ronaldo berpisah dengan pasukan selepas membuat kritikan terhadap kelab dan pengurus, Erik ten Hag dalam satu temu bual di televisyen.

Iklan

Namun dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda kekecewaan menamatkan khidmatnya di Old Trafford dengan meledak jaringan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium 974 itu.

Turut meledak gol ialah bintang sedang meningkat naik, Rafael Leao dan Joao Felix.

Iklan

"Ia satu langkah yang penting, ia adalah satu minggu untuk menamatkan peringkat ini. Kami mahu memulakan dengan langkah kanan," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Portugal, Fernando Santos memuji pemainnya itu yang mungkin membuat penampilan terakhir di Piala Dunia.

"Saya percaya orang ramai akan bercakap mengenai kejayaannya, dia seorang legenda seperti yang lain dalam arena bola sepak.

"Dalam tempoh 50 tahun, kita masih bercakap mengenainya," kata Santos.