PRU15: Pusat penamaan calon Padang Serai, Tioman ditutup
Iklan
Calon PN bagi DUN Tioman Nor Idayu Hashim (dua, kanan) ketika menghantar borang pencalonan pada hari penamaan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Rompin. - Foto Bernama.
KUALA LUMPUR - Pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang ditutup pada 10 pagi khamis.
Bagi Parlimen Padang Serai, pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim manakala DUN Tioman, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.