14 rumah rosak dipukul ribut
Iklan
Anggota APM melakukan pemantauan di beberapa rumah yang rosak dipukul ribut di Felda Bukit Permai, Sedenak, Kulai pada Sabtu
JOHOR BAHRU - Kira-kira 14 buah rumah rosak akibat dipukul ribut di Felda Bukit Permai, Sedenak, Kulai dekat sini pada pagi Sabtu.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulai dalam satu kenyataan memberitahu, dalam kejadian jam jam 8.30 pagi itu tiada mangsa yang dipindahkan dan pemantauan masih dilakukan sehingga kini.
Iklan
Iklan
"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Terdapat bahagian rumah yang rosak dan bumbung diterbangkan angin kencang," menurut kenyataan berkenaan pada Sabtu.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan, bilangan mangsa banjir di dua daerah di negeri ini berjumlah 278 orang daripada 70 keluarga yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari Sabtu.
Iklan
"Di Tangkak seramai 225 mangsa banjir melibatkan 53 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat; Kampung Parit Bunga Raya Hujung; Kampung Parit Bunga Raya dan Kampung Parit Pulai masih berada di dua PPS.
"Mereka berada di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama (SA) Simpang 5 Darat," jelas JPBD dalam kenyataan itu.
Iklan
Jawatankuasa berkenaan memaklumkan, di Segamat pula seramai 39 orang melibatkan 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.
"Seramai 14 orang lagi melibatkan lima keluarga juga dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Tasek," menurut kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>