Tindakan hina Agong gugat perpaduan kaum
Iklan
Dr Md Farid Md Rafik
PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik menyifatkan tindakan pengendali laman Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong tidak mencerminkan sikap sebagai seorang warga Malaysia dan boleh menggugat perpaduan serta kestabilan kaum.
Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial itu menggesa semua rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan tindakan tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya mengharapkan status-status seumpama ini tidak dipanjangkan dan dikongsi di mana-mana laman sosial.
"Saya juga menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan untuk menghentikan segera tindakan seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Selain itu, beliau juga memohon semua rakyat Malaysia supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang status atau cubaan menghina Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana isu yang disifatkan sensitif dan berisiko menggugat keharmonian kaum.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa kita akan terus menyokong dan mendokong institusi raja berpelembagaan dan tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk mengganggu gugat perkara ini,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Azmi Ali membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>